Ayam Masak Kicap Caraku


Bahan-bahan:

300g ayam (potong kecil)
7 tangkai cili kering (jika suka pedas boleh lebihkan)
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 sb sos tiram
1 cawan air ( nak kuah cair boleh tambahkan lagi)
minyak (utk menumis)
kicap/garam/serbuk perasa secukup rasa

Cara Membuatnya:
Kisar cili kering, halia, lengkuas, bawang besar dan bawang putih hingga halus. Panaskan kuali dan masukkan minyak. Tumiskan bahan yang telah dikisar tadi sehingga naik bau. Masukkan ayam, sos tiram, kicap, garam, serbuk perasa dan air. Sekatakan rasanya. Boleh diangkat bila dah mendidih dan hidangkan dengan nasi putih. Selamat mencuba!



Fyra Delight

Kami adalah syarikat bumiputra yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan beroperasi di Rawang, Selangor.  Dengan menggunakan slogan “sedap dan murah”, kami mengamalkan harga yang berpatutan selaras dengan harga pasaran  masa kini. Segar dari ketuhar untuk anda dan semestinya HALAL serta kebersihan terjamin 100%.  
Mengapa  perlu memilih "homemade"? Ini adalah kerana selain daripada kebersihan terjamin kesedapannya terperlihara. Perbuatan "homemade" adalah untuk sedap dan enak bila dimakan. Kami memelihara rasanya agar berbaloi dengan wang anda.  

"Oleh itu, makanlah (wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang telah dikurniakan ALLAH kepada kamu dari benda-benda yang HALAL lagi baik. Dan bersyukurlah akan nikmat ALLAH. Jika benar kamu hanya menyembahNYA semata- mata"
(Al-Nahl 16:114)

Puteri Ayu



Puteri Ayu - RM 40.00 (100 pcs)

Bahulu




Bahulu Cermai - RM 30.00 (100 pcs)

Bahulu Pecah Lapan - RM 1.50/pc



Kuih Bakar Pandan



Kuih Bakar Pandan - RM 3.50/pc

Talam Lapis



Talam Lapis - size : 10 inci (RM 26.00/talam)

Talam Suji



Talam Suji - size : 10 inci (RM 26.00/talam)

Talam Serimuka Pandan



Talam Serimuka Pandan - size:10 x 10 inci
                                                                   (RM 26.00/talam)


Followers